PENGALAMAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
Pengalaman saya di Politeknik Sultan Azlan Shah ialah dapat mengikuti minggu suai kenal yang dijalankan pada minggu pertama berada di Politeknik Sultan Azlan Shah. Pada hari pertama, saya mendaftarkan diri di kamsis. Pada wau malam, saya mengikuti aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking. Pada hari kedua, banyak ceramah telah dijalankan dan pada hari-hari seterusnya, aktiviti dan ceramah memenuhi jadual sepanjang saya berada di Polteknik Sultan Azlan Shah dalam minggu suai kenal. Sepanjang saya mengikuti minggu suaikenal, saya dapat berkenalan dengan ramai kawan yang berlainan agama dan asal usul. Selain itu, saya dapat mengenali beberapa pensyarah-pensyarah yang mengajar di Politeknik Sultan Azlan Shah. Saya juga dapat mengetahui dan mempelajari serba sedikit tentang Politeknik Sultan Azlan Shah dan asal usulnya. Tambahan pula, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang modul-modul pembelajaran yang saya akan ambil sebelum saya mula pengajian di politeknik ini. Sementara itu, saya dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam pelajar-pelajar baru di politeknik ini. Kesimpulannya, minggu suai kenal adalah pengalaman yang agak berharga sepanjang saya berada dalam Politeknik Sultan Azlan Shah.
ZULKIFLI BIN YUSOF
15DET08F1051
Tuesday, November 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment