Tuesday, November 11, 2008


P.YOGANATHAN 15DET08F1031
PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PELAJAR
SEMESTER 1 DI PSAS

Saya telah sampai di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) bersama keluarga saya pada 6 Julai 2008 jam 9.00 pagi. Pada hari tersebut,saya bersama keluarga saya telah membersihkan bilik V2-104 yang saya mendiami sekarang. Sepanjang satu minggu tersebut, saya bersama pelajar semester 1 yang lain telah diberi tunjuk ajar dan petua-petua penting oleh pelajar senior. Malah pada minggu tersebut, kami hanya dibenarkan tidur pada pukul 12.00 tengah malam setelah melaksanakan aktiviti-aktiviti lasak. Saya berasa seronok dan letih sepanjang minggu suai kenal. Pada minggu kedua, kelas mula diagihkan dan saya berasa gembira dan gementar kerana mula berkenal dengan ramai kawan baru yang berasal daripada pelbagai latar belakang. Malah saya juga berasa bertuah dan bersyukur kerana mendapat pensyarah-pensyarah yang baik belaka. Pada penghujung bulan Julai saya berasa bertuah kerana dapat menyertai Kempen Anti-Merokok yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik. Pada awal bulan Ogos yang lepas, pihak kamsis telah mengadakan Hari Mesra Pelajar khas untuk pelajar semester 1. Pada hari tersebut,kami dibenarkan bermain dengan air setelah membersihkan blok masing-masing. Pada penghujung bulan Ogos pula, telah diadakan Hari Gegar Merdeka. Saya berasa bangga dan megah kerana dapat mewakili Blok V2 dalam acara perbarisan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51. Pada bulan September pula, saya berasa takut dan gementar kerana diadakan ujian bulanan bagi semua matapelajaran. Pada bulan Oktober, pihak kamsis telah menganjurkan Karnival Sukan Tahunan khas untuk pelajar semester 1. Saya berasa kecewa setelah gagal meneruskan ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton. Pada penghujung bulan Oktober, telah diadakan jamuan sempena Sambutan Hari Raya. Saya berasa gembira dan terharu dengan perpaduan yang ada pada pelajar-pelajar di kamsis.Pada bulan November saya bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun yang bakal diadakan pada bulan Disember. Akhir sekali, saya berasa amat bertuah dan bangga kerana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran saya di peringkat Diploma selama tiga tahun di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) yang terkenal di Malaysia

No comments: