Tuesday, November 11, 2008


CHOW WING HONG 15DET08F1030

Apabila saya mendapat surat tawaran politeknik ni, kat behrang, memang saya syok dan gembira sangat. Saya selalu berfikir tentang keadaan politeknik ni. Saya telah sampai di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) bersama keluarga saya pada 6 Julai 2008 jam 8.10 pagi. Pada hari tersebut,saya bersama keluarga saya telah membersihkan bilik V2-105 yang saya mendiami sekarang. Saya rasa sangat gembira apabila semua kawan baru sini mesra and sopan sangat.

Pada hari pertama, saya mendaftarkan diri di kamsis. Pada waktu malam, saya mengikuti aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking.

Pada hari kedua, banyak ceramah telah dijalankan dan pada hari-hari seterusnya, aktiviti dan ceramah memenuhi jadual sepanjang saya berada di Polteknik Sultan Azlan Shah dalam minggu suai kenal. Malah pada minggu tersebut, kami hanya dibenarkan tidur pada pukul 12.00 tengah malam setelah melaksanakan aktiviti-aktiviti lasak. Walaupun saya berasa letih sepanjang minggu suai kenal, tetapi saya rasa bertuah dengan activiti yang dianjurkan telah saya kenali banyak kawan baru. Malah saya juga berasa bertuah dan bersyukur kerana mendapat pensyarah-pensyarah yang baik belaka. Pada penghujung bulan Julai saya berasa bertuah kerana dapat menyertai Kempen Anti-Merokok yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik. Saya juga telah mendapat banyak ilmu baru dalam ceramah tersebut.

Pada awal bulan Ogos yang lepas, pihak kamsis telah mengadakan Hari Mesra Pelajar khas untuk pelajar semester 1. Pada hari tersebut,kami dibenarkan bermain dengan air setelah membersihkan blok masing-masing. Sementara itu, saya dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam pelajar-pelajar baru di politeknik ini. Memang tu ingatan yang indah dan manis sangat.Kesimpulannya, minggu suai kenal adalah pengalaman yang agak berharga sepanjang saya berada dalam Politeknik Sultan Azlan Shah.

Akhir sekali, saya berasa amat bertuah dan bangga kerana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran saya diploma kejuruteraan elektrik di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) yang terkenal di Malaysia. Harap juga semua kawan-kawan saya dapat habis pelajaran kita sama-sama....
Berdoalah dan bersyukurlah saat-saat yang kita dapat nikmati bersama-sama....
Pengalaman Di Politeknik Sultan Azlan Shah

Minggu Pertama…
Masa mule2 daftar memang boring giler…
Sebab x de member lagi…
Pastu kenal lak ngan roommate..
Mule2 member ngan roommate je…
X de la bosan sngat…
Kene lak minggu msk…
Memang bosan…
Dah la tido lambat, kene bangun awl lak tu…
Ngantuk2 ditambah pula dengan ceramah yang bosan…
Lepas dengar ceramah kat kamsis, kene lagi ceramah yang same kat jabatan…
Ulang bende yang same lak tu…
Memang bosan minggu msk kat cini…
Gotong-royong bersihkan jabatan…
Aku kene kemas bengkel…
Keje paling senang sekali…
Minggu Kedua…
Berkenalan dengan pensyarah2 yang bakal mengajar kelas aku…
Mule kenal dngan member2 satu kelas…
Pastu kenal lak ngan member satu aras & satu blok dngan aku…
Makin ramai kenal, makin best lak cini…
Sekian………


AMIR BIN AHAMAD NORWAWI
15DET08F1017
PENGALAMAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Pengalaman saya di Politeknik Sultan Azlan Shah ialah dapat mengikuti minggu suai kenal yang dijalankan pada minggu pertama berada di Politeknik Sultan Azlan Shah. Pada hari pertama, saya mendaftarkan diri di kamsis. Pada wau malam, saya mengikuti aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking. Pada hari kedua, banyak ceramah telah dijalankan dan pada hari-hari seterusnya, aktiviti dan ceramah memenuhi jadual sepanjang saya berada di Polteknik Sultan Azlan Shah dalam minggu suai kenal. Sepanjang saya mengikuti minggu suaikenal, saya dapat berkenalan dengan ramai kawan yang berlainan agama dan asal usul. Selain itu, saya dapat mengenali beberapa pensyarah-pensyarah yang mengajar di Politeknik Sultan Azlan Shah. Saya juga dapat mengetahui dan mempelajari serba sedikit tentang Politeknik Sultan Azlan Shah dan asal usulnya. Tambahan pula, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang modul-modul pembelajaran yang saya akan ambil sebelum saya mula pengajian di politeknik ini. Sementara itu, saya dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam pelajar-pelajar baru di politeknik ini. Kesimpulannya, minggu suai kenal adalah pengalaman yang agak berharga sepanjang saya berada dalam Politeknik Sultan Azlan Shah.


ZULKIFLI BIN YUSOF
15DET08F1051
MINGGU PERTAMA……

· Masuk untuk pendaftaran kamsis mmg rasa mcm xnak masuk je sbb trasa boring giler…
· lepas 2 kena minggu msk minggu yg paling membosankan..
· yg hairan asyik kena pkai bju kemeja putih mmg skema gler la..
· lpas 2 mmg boring la rasa mcm kna buli je ikut ati mcm nak gaduh je ..
· minggu msk adalah minggu paling boring yang pernah aku lalui..
· kna dgr ceramah la lg la bosan giler rasa ngantuk giler..
· dah la minggu 2 tak ckup tido..dah la tido lmbat bangun awal mmg menyirap la..
· minggu msk minggu palng ngarut.. buang masa je..


MINGGU KEDUA…


· bkenalan dgn pensyarah yg mengajar di jke..
· bertemu dgn kwn2 bru yg masing2 wat kpala sendiri..
· minggu ni best sbb dpt kenal dgn member2 bru yg satu kpala dgn aku..
· kami gtong-royong ramai2 mmg best giler rasanye..
· mmg best rasanye…




MUHAMMAD IZUAN B. AB. HALIM
15DET08F1011

P.YOGANATHAN 15DET08F1031
PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PELAJAR
SEMESTER 1 DI PSAS

Saya telah sampai di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) bersama keluarga saya pada 6 Julai 2008 jam 9.00 pagi. Pada hari tersebut,saya bersama keluarga saya telah membersihkan bilik V2-104 yang saya mendiami sekarang. Sepanjang satu minggu tersebut, saya bersama pelajar semester 1 yang lain telah diberi tunjuk ajar dan petua-petua penting oleh pelajar senior. Malah pada minggu tersebut, kami hanya dibenarkan tidur pada pukul 12.00 tengah malam setelah melaksanakan aktiviti-aktiviti lasak. Saya berasa seronok dan letih sepanjang minggu suai kenal. Pada minggu kedua, kelas mula diagihkan dan saya berasa gembira dan gementar kerana mula berkenal dengan ramai kawan baru yang berasal daripada pelbagai latar belakang. Malah saya juga berasa bertuah dan bersyukur kerana mendapat pensyarah-pensyarah yang baik belaka. Pada penghujung bulan Julai saya berasa bertuah kerana dapat menyertai Kempen Anti-Merokok yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik. Pada awal bulan Ogos yang lepas, pihak kamsis telah mengadakan Hari Mesra Pelajar khas untuk pelajar semester 1. Pada hari tersebut,kami dibenarkan bermain dengan air setelah membersihkan blok masing-masing. Pada penghujung bulan Ogos pula, telah diadakan Hari Gegar Merdeka. Saya berasa bangga dan megah kerana dapat mewakili Blok V2 dalam acara perbarisan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51. Pada bulan September pula, saya berasa takut dan gementar kerana diadakan ujian bulanan bagi semua matapelajaran. Pada bulan Oktober, pihak kamsis telah menganjurkan Karnival Sukan Tahunan khas untuk pelajar semester 1. Saya berasa kecewa setelah gagal meneruskan ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton. Pada penghujung bulan Oktober, telah diadakan jamuan sempena Sambutan Hari Raya. Saya berasa gembira dan terharu dengan perpaduan yang ada pada pelajar-pelajar di kamsis.Pada bulan November saya bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun yang bakal diadakan pada bulan Disember. Akhir sekali, saya berasa amat bertuah dan bangga kerana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran saya di peringkat Diploma selama tiga tahun di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) yang terkenal di Malaysia

Monday, November 10, 2008


HOONG TZE YUAN 15DET08F1034

Politeknik ini sangat bagus, keluarga saya berasa bangga kerana saya dapat melanjutkan pelajaran saya ke politeknik ini.

Bilik saya berada di aras tiga keadaan yang selesa kerana ada angin yang kuat tetapi ada satu keburukan ialah setiap hari saya kena berlari daripada kelas saya yang berada di jambatan elektrik jalan balik ke kamsis dan kena naik lagi ke aras tiga, perjalanan ini membuatkan saya letih. Akan tetapi lama kelamaan saya telah sesuai dengan keadaan ini saya pun mula menerima hakikat ini bahawa saya kena hari-hari membuat demikian.

Kawan-kawan saya banyak membantu saya, walaupun perangai saya yang suka tidak mahu mengambil berat tentang sebarang perkara. Saya amat berterima kasih dengan mereka dan saya pun sangat berterima kasih kepada tuhan kerana bagi saya berkenal dengan kawan-kawan ini yang memberi nasihat kepada saya.

SUKDEV SINGH 15DET08F1021

Saya memasuki politeknik ini pada 7 julai 2008 dengan mengambil kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik selama 3 tahun .Pengalaman politeknik semester 1 ialah saya mengenali ramai kawan baru .Pada HARI MESRA PELAJAR .Pada hari itu saya dan rakan –rakan lain bermain dengan air. Saya juga menyertai program ANTI MEROKOK anjuran E-club untuk mengetahui lebih tentang rokok. Saya juga menyertai Program Gegar Merdeka untuk menyertai kawat kaki memwakili kamsis .

Mengenai pelajaran saya saya rasa boleh lah .Saya rasa test , kuiz dan tugasan tidak begitu susah kerana ramai rakan saya membantu . Tentang ujian akhir saya jaduanya ok lah kerana untuk ujian teknologi elektrik mereka memberi tempoh masa yang banyak untuk pelajaran .

Saya berasa gembira dan bertuah kerana dapat banyak kawan di sini. Mereka telah banyak membantu saya dalam pelajaran saya. Saya juga harap mendapat keputusan yang cemerlang di peperiksaan akhir agar membanggakan keluarga saya.

Saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar dan menyampaikan ilmu mereka kepada saya. Memang saya bertuah dapat melanjutkan pelajaran saya di Politeknik Sultan Azlan.

LEE CHENG WAI 15DET08F1030
Kawanku

Hello, semua kawanku!!!! Saya bernama Lee Cheng Wai, pelajar 15det08f1036. Sesiapa nak berkenal dengan saya, mesti bagi gambar dia kepada saya dahulu, baru boleh jadi kawanku, haha…!!! Jangan marah , hanya gurau saja. Saya akan berkawan dengan sesiapa yang nak berkawan dengan saya.

Sekarang, saya nak memulakan peristiwa semasa berada di dalam politeknik Sultan Alzan Shah. Saya berasa bosan kerana nak mula pelajaran saya. Haiz…..memang bosan.>_< & T_T !!!! Satu hari satu hari yang berlalu, masa juga setiap hari berjalan. Semasa berada di politeknik, saya telah berkenal kawan yang baru. Selain itu, hubungan antara saya dengan meraka adalah “luar biasa” terutama chicken Wing dan Wai Zhe. Saya juga dapat berkenal kawan india iaitu Yoga. Yoga merupakan seorang yanag suka tidur yang melebihi 12 jam (munkin ada), tapi dia adalah seorang yang cerdik. Lagi satu ialah sing, dia memang seorang sing. Walaupun dia terlalu banyak cakap dan sentiasa main counter di dalam bilik tapi dia juga akan ambil buku baca semasa ada ujian atau quiz.

Akhir sekali, saya nak bercakap terima kasih kepada semua kawanku yang telah baca blog saya. Saya berharap semua kawandapat cemerlang dalam pelajaran be meraka. Don’t worry, happy!!!!

LEOW WAI ZHE 15DET08F1032
Semasa saya diberitahu mendapat Diploma Electrical Engineering di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Saya sentiasa berfikir di mana terletak politeknik tersebut.

Semasa saya sampai di politeknik ini, saya berasa politeknik ini tidak dikenali dan alam sekitar politeknik sangat aman dan harmoni. Selain itu, kawasan politeknik sangat luas dan bangunan-bangunan politeknik sangat besar.

Pada minggu pertama, pihak politeknik telah mengadakan Mingguan Suaikenal (MSK) kepada pelajar semestar satu yang baru. Dalam MSK tersebut, pihak politeknik telah mengadakan pelbagai aktiviti kepada kami. Aktiviti tersebut...ok la... can be enjoy well la!!!

Semasa saya menghadiri kelas pertama di dalam kelas, saya dapat mengenal banyak kawan-kawan yang bagus. Kmai boleh bergaul sebaik-baiknya. Di samping itu, banyak subjek yang saya belum belajar di sekolah menengah. Saya berasa gembira kerana dapat belajar subjek yang baru dan dapat membuat experiment. Selain itu, saya juga berasa bimbang kerana tidak tahu subjek itu susah atau senang. Pensyarah yang mengajar kami dengan berusaha dan memberi semua ilmu yang mereka dapat. Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah.

Akhir sekali, saya berharap saya boleh mendapat keputusan yang cemerlang di peperiksaan akhir. Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kawan-kawan... marilah kita berusaha bersama-sama. Gambateh!!!