CHOW WING HONG 15DET08F1030
Apabila saya mendapat surat tawaran politeknik ni, kat behrang, memang saya syok dan gembira sangat. Saya selalu berfikir tentang keadaan politeknik ni. Saya telah sampai di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) bersama keluarga saya pada 6 Julai 2008 jam 8.10 pagi. Pada hari tersebut,saya bersama keluarga saya telah membersihkan bilik V2-105 yang saya mendiami sekarang. Saya rasa sangat gembira apabila semua kawan baru sini mesra and sopan sangat.
Pada hari pertama, saya mendaftarkan diri di kamsis. Pada waktu malam, saya mengikuti aktiviti yang dijalankan seperti ice breaking.
Pada hari kedua, banyak ceramah telah dijalankan dan pada hari-hari seterusnya, aktiviti dan ceramah memenuhi jadual sepanjang saya berada di Polteknik Sultan Azlan Shah dalam minggu suai kenal. Malah pada minggu tersebut, kami hanya dibenarkan tidur pada pukul 12.00 tengah malam setelah melaksanakan aktiviti-aktiviti lasak. Walaupun saya berasa letih sepanjang minggu suai kenal, tetapi saya rasa bertuah dengan activiti yang dianjurkan telah saya kenali banyak kawan baru. Malah saya juga berasa bertuah dan bersyukur kerana mendapat pensyarah-pensyarah yang baik belaka. Pada penghujung bulan Julai saya berasa bertuah kerana dapat menyertai Kempen Anti-Merokok yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik. Saya juga telah mendapat banyak ilmu baru dalam ceramah tersebut.
Pada awal bulan Ogos yang lepas, pihak kamsis telah mengadakan Hari Mesra Pelajar khas untuk pelajar semester 1. Pada hari tersebut,kami dibenarkan bermain dengan air setelah membersihkan blok masing-masing. Sementara itu, saya dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam pelajar-pelajar baru di politeknik ini. Memang tu ingatan yang indah dan manis sangat.Kesimpulannya, minggu suai kenal adalah pengalaman yang agak berharga sepanjang saya berada dalam Politeknik Sultan Azlan Shah.
Akhir sekali, saya berasa amat bertuah dan bangga kerana mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran saya diploma kejuruteraan elektrik di Politeknik Sultan Azlan Syah (PSAS) yang terkenal di Malaysia. Harap juga semua kawan-kawan saya dapat habis pelajaran kita sama-sama....
Berdoalah dan bersyukurlah saat-saat yang kita dapat nikmati bersama-sama....